DBKL dalam kenyataan di laman web rasminya memaklumkan, manual itu merangkumi klasifikasi fail melibatkan rekod urusan am dan fungsian.

“Dengan adanya manual ini, pengurusan rekod DBKL akan lebih sistematik, disamping memudahkan capaian maklumat secara tepat dan cepat selain dapat mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan.

“Penyediaan manual ini memakan masa 5 tahun namun segalanya dapat ditangani kerana ada kerjasama dan kesepakatan dalam kalangan semua yang terlibat,” menurut laman web berkenaan. - UTUSAN ONLINE