IBRAHIM YUSOFF

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata, langkah itu bagi membantu DBKL dalam menguruskan rekod dan pengutipan bayaran bil air bagi semua unit rumah PA dan PPR.

“Sebelum ini kita hanya melakukan kutipan bil air secara pukal dan ia dilihat tidak begitu tersusun.

“Dengan pelantikan ini, kami harap pengurusan bayaran bil air lebih tersusun dan ia dapat memberi pendidikan kepada semua penghuni untuk menjelaskan bayaran bil tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Wan Mohammad Ghazali Nor. - UTUSAN ONLINE