Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, laman itu merupakan kesinambungan daripada projek pengindahan Jalan Tuanku Abdul Rahman yang telah bermula sejak dua tahun lepas.

“InsyaAllah, beberapa tempat lagi di sekitar Kuala Lumpur akan dikenal pasti untuk dibangunkan ’pocket park’ yang seterusnya.

“Oleh itu, tanggungjawab mengurus dan menyeleanggara ruang bandar adalah secara bersama agak kawasan hijau itu sentiasa bersih dan dapat dinikmati semua pihak,” katanya selepas merasmikan program tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE