Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata, sistem itu dihubungkan dengan aplikasi telegram secara percuma untuk kegunaan orang awam.

“Ia dibangunkan khas untuk pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan dalam usaha menambah baik pengurusan bencana dari segi penyebaran maklumat bencana dan tindakan menyelamat.

“Fungsi utama aplikasi ini adalah menghubungkan antara agensi kerajaan dengan orang awam dalam memberi maklumat berkaitan bencana yang berlaku dengan lebih cepat dan berkesan,” katanya ketika berucap melancarkan aplikasi tersebut di sini hari ini.

Menurutnya, menerusi aplikasi itu, orang awam boleh melaporkan dan memberi maklumat berkaitan bencana sekiranya mereka berada di tempat kejadian bagi memudahkan agensi mengambil tindakan lanjut - UTUSAN ONLINE