Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung aduan dikemukakan dan mendapati terdapat kerosakan pada jalan tersebut.

Sehubungan itu katanya, kerja-kerja pembaikan telah dijalankan pada 16 Ogos lalu di jalan yang dinyatakan antaranya Jalan Bukit Pantai, Bangsar; Jalan Se­langor berhadapan Balai Polis Travers dan Jalan Kampung Pasir.

“DBKL melalui Jabatan Kejuru­te­raan Awam dan Pengangkutan Bandar telah men­jalankan kerja-kerja baik pulih di kawasan yang telah dilaporkan.

“DBKL mengambil berat tentang kualiti jalan raya di bawah seliaan demi kesejahteraan warga kota,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia pada 16 Ogos lalu berhubung isu jalan rosak di beberapa lokasi di Lembah Pantai yang menimbulkan kesulitan kepada pengguna.