Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Fadzilah Abd. Rashid dalam kenyataan di sini hari ini berkata, pengecualian itu berkuat kuasa mulai 6 April lalu dan fi lesen yang telah dibayar sebelum ini tidak akan dikembalikan.

“Pengecualian ini hanya terhad kepada lesen premis perniagaan sahaja.

“Sekiranya terdapat pemasangan iklan atau papan tanda di premis, ia hendaklah dilesenkan atau permohonan mengenainya perlu dikemukakan selaras dengan Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982,” kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE