Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz berkata, diharap kejayaan Malaysia dalam Sukan SEA 2017 baru-baru ini memberi semangat kepada kontinjen DBKL dalam mencapai kejayaan.

“Saya berharap semua kontinjen bermain dengan bersungguh-sungguh serta bersemangat tinggi bagi mencapai kemenangan dalam setiap acara yang dipertandingkan.

“Semua atlet pasti telah bersiap sedia secara fizikal dan mental untuk memikul cabaran pada pesta sukan kali ini,” katanya ketika berucap di majlis taklimat dan penyerahan bendera kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE