Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Amin Nordin Abd. Aziz berkata, agihan itu bertujuan menggalakkan orang ramai supaya memasang dan mengibarkan bendera bagi memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan.

“DBKL juga telah memasang lampu diod pemancar cahaya (LED) dan lampu-lampu hiasan di sekitar ibu kota untuk menceriakan Kuala Lumpur sebagai usaha menyemarakkan lagi sambutan tersebut.

“Selain itu, DBKL turut menjual Jalur Gemilang kepada orang ramai pada harga RM12 di kaunter bayaran DBKL,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Menara DBKL 1, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE