Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, pemilik-pemilik bangunan juga boleh mencalonkan bangunan-bangunan milik mereka sekiranya telah menyediakan keperluan serta kemudahan akses untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurutnya, anugerah itu bertujuan meningkatkan ke-sedaran orang awam tentang pentingnya reka bentuk sejagat diaplikasikan dalam perancangan, reka bentuk, pembinaan dan penyelenggaraan sesuatu pemba­ngunan.

“Penilaian panel juri adalah berdasarkan tahap dan kualiti kemudahan akses serta keperluan golongan OKU yang disediakan. Hanya pencalonan yang memenuhi syarat-syarat sahaja akan diterima untuk saringan awal.

“Antara jenis pembangunan yang akan dicalonkan adalah seperti hab pengangkutan, komer­sial, bangunan kerajaan, ruang awam dan tokoh aksesibiliti,” katanya katanya dalam sidang akhbar anugerah ber­kenaan di sini.

Yang turut hadir Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah dan Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, Datuk Mohd. Najib Mohd.

Menurut Mhd. Amin Nordin, anugerah tersebut diperkenalkan semula bagi memberi pengiktirafan khas kepada projek-projek pembangunan mesra OKU.

“Kali pertama anugerah ini diadakan pada 2013 yang menyak­sikan Terminal Bersepadu Selatan, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Hospital Rehabilitasi Cheras, Taman Tasik Titiwang­sa dan Institut Latihan DBKL di Bandar Tun Razak memenangi anugerah tersebut,” katanya.

Tambahnya, pengiktirafan itu diharap dapat memupuk ke­sedaran masyarakat dan pihak yang terlibat dalam bidang pembangunan bangunan terhadap kepentingan akses untuk semua golongan khususnya untuk OKU.

Dalam pada itu, mereka yang berminat boleh membuat pencalonan menerusi laman web www.kluniversalaccessaward.com.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 11 Mei ini.