Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, pemilihan calon-calon itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat bagi menggantikan Mhd. Amin Nordin yang akan berkhidmat sehingga akhir bulan ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama-nama calon berkenaan.

“Kami akan mendapatkan pengganti beliau (Mhd. Amin Nordin). Saya berharap perkara ini akan dapat diputuskan secepat mungkin. Mungkin dalam pertengahan bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Projek Pengindahan Lorong Belakang di Jalan Rembia, Bukit Bintang di sini hari ini.

Semalam, Khalid mengesahkan beliau menerima surat peletakan jawatan Mhd. Amin Nordin pada 1 September lalu.

Khalid sebelum ini berkata, beliau belum memberikan jawapan berhubung surat bernotis 30 hari itu kerana berpandangan perkara tersebut perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.

Tambahnya, Mhd. Amin Nordin telah berkhidmat untuk satu tempoh yang lama iaitu selama 40 tahun dengan DBKL dan berpendapat keputusan itu adalah pilihan peribadi untuk menumpukan masa bersama keluarga. - UTUSAN ONLINE