Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khairul Azmir Ahmad berkata, penutupan sementara itu bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek pembangunan River of Life (RoL) Fasa 1.

Sehubungan itu, katanya, sebarang kegiatan di atas padang tersebut dilarang sepanjang tempoh penutupan berkenaan.

“Orang awam yang melewati kawasan itu dinasihatkan berhati-hati dan menjaga keselamatan diri masing-masing sepanjang kerja-kerja sedang berlangsung,” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE