Ini kerana, seluruh kawasan dataran itu akan berubah wajah menjadi sebuah mini stadium yang diilhamkan daripada Stadium Merdeka bagi menterjemahkan semangat kemerdekaan pada tahun ini.

Lebih menarik, ia sekali gus membawa suasana serta untuk menghayati peristiwa bersejarah negara kerana merupakan tempat pertama perayaan hari kemerdekaan disambut pada tahun 1957.

Pengarah Eksekutif Perancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Najib Mohd. berkata, usaha tersebut merupakan satu pembaharuan yang dilaksanakan untuk menzahirkan semangat dan membangkitkan semangat cintakan tahan air yang diperjuangkan orang-orang terdahulu.

“Dalam merealisasikan perkara tersebut pihaknya sedang membina tempat duduk ‘grandstand’ berkonsepkan pelan lantai berbentuk Stadium Merdeka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE