JOHARI ABDUL GHANI
JOHARI ABDUL GHANI

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan membantu penubuhan dana tersebut, termasuk menentukan kriteria pelaburan bersama untuk pembiayaan ekuiti dan hutang.

“Platform-platform (ECF dan P2P) ini sangat penting kepada ekosistem PKS kerana ia memberi peluang kepada mereka mengembangkan perniagaan dan kerajaan melalui SME Corp. akan menggunakan platform-platform ini dalam pem­berian geran kepada PKS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persida­ngan Kewangan Digital SCxSC 2017 dan majlis pelancaran platform pertukaran maklumat bon dan sukuk berpusat (Bix) di sini hari ini.

Terdahulu Johari dalam ucapannya berkata, menerusi CIF, kerajaan berharap dapat menyediakan mekanisme yang cekap untuk perkongsian dan tanggungjawab bersama dengan pelabur Malaysia untuk melabur dan mengembangkan PKS.

“Dengan adanya produk dan platform yang tepat, pelabur runcit kini mudah menyertai aktiviti pelaburan dan berpeluang meraih keuntungan menerusi usaha mereka itu,” ujarnya.

Katanya, selain ECF dan P2P, kerajaan juga menggalakkan pertumbuhan industri modal teroka.

“Ini disebabkan ke­tiga-tiganya merupakan sebahagian daripada ekosistem yang kita perlu wujudkan bagi mengambil risiko da­ripada sektor perbankan,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan pe­nembusan internet yang semakin meningkat, selain pilihan pelbagai platform pembiayaan alternatif, aktiviti pelaburan kini tidak lagi eksklusif untuk accredited investors sahaja malah boleh diakses oleh orang ramai.