Bahagian Taman Pertanian Universiti UPM melalui satu kenyataan berkata, sepanjang ekspo berlangsung pelbagai produk seperti daging kambing dan rusa termasuk susu lembu berkua-liti tinggi akan dijual pada harga berpatutan.

Menurutnya, walau ba­gai­ma­na­pun bekalan daging rusa dan kambing yang dijual itu bergantung kepada stok yang terhad yang diternak pihak universiti sendiri.

“Pameran Ternakan atau ‘mini zoo‘ turut berlangsung di tapak ekspo itu nanti yang akan mempamerkan haiwan ternakan antaranya rusa baka Cervus-timo­rensis yang boleh mencapai berat sehingga 80 ke 100 kilogram.

“Fokus pameran merangkumi penjagaan rusa ternakan serta ciri-ciri haiwan itu termasuk pen­getahuan berhubung habitat dan pembiakan selain pengunjung turut berpeluang memberi makan dan bergambar bersama-nya,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Selain itu, turut dijadualkan sepanjang ekspo berlangsung sesi bersama pakar rujuk haiwan ke­sayangan dan haiwan ternakan selama dua hari pada 4 dan 5 November bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari secara percuma.