Program yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) itu akan bermula pada pukul 9 malam hingga 11 malam di Amphiteater, Dataran MPAJ dekat sini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook MPAJ, program Laman Santai 2019 edisi satu itu akan turut dimeriahkan dengan persembahan kompang, selawat dan nasyid daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Pandan Indan.

Kemudahan tempat letak kenderaan turut disediakan kepada para pengunjung iaitu di Jalan Persiaran (belakang Menara MPAJ) atau di Tingkat 1, 2 dan 3 bangunan Menara MPAJ.

Sebarang pertanyaan mengenai program kemasyarakatan MPAJ tersebut boleh menghubungi Azizah di talian 019-3333 927. - UTUSAN ONLINE