Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cuti hujung minggu terisi

3,000 meriahkan program Pertandingan Memancing dan Santai Rakyat Setiawangsa 2017

Ahmad FAUZI ZAHARI (kiri) dan  isteri, Natilah Ahmad bersama-sama 6
AHMAD FAUZI ZAHARI (kiri) dan isteri, Natilah Ahmad bersama-sama penduduk memasak secara bergotong-royong pada program Pertandingan Memancing dan Santai Kenduri Parlimen Setiawangsa 2017 di Taman Tasik Sri Rampai, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 9 April - Cuti hujung minggu warga Setiawangsa khususnya penduduk sekitar dapat diisi dengan penganjuran program Pertandingan Memancing dan Santai Kenduri Parlimen Setiawangsa 2017 di Taman Tasik Sri Rampai di sini.

Kira-kira 3,000 penduduk setempat hadir memeriahkan program yang diatur dengan pelbagai pengisian sejak awal pagi.

Lebih-lebih lagi, kaki pan­cing yang memenuhi sekitar tasik untuk berentap merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM10,000.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, program tersebut merupakan acara tahunan yang dianjurkan bertujuan menyediakan platform mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.

Me­nurutnya, melalui acara yang diatur ia sekali gus dapat menterjemahkan kehidupan bermasyarakat sebenar.

“Penduduk juga mengambil kesempatan melalui program untuk bertanyakan apa sahaja masalah berkaitan kawasan perumahan mereka.

“Selain itu ia dapat mengeratkan hubungan antara penduduk yang mungkin berbeza budaya dan cara hidup,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada program itu.

Penganjuran program ini adalah hasil kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2.

Selain pameran daripada agensi kerajaan, turut diadakan pemeriksaan kesihatan gigi percuma, sukan rakyat dan pertan-dingan mewarna bagi kanak-kanak.

Terdahulu beliau bersama isteri, Datin Natilah Ahmad meluangkan masa bersama-sama penduduk Setiawangsa menyertai acara memasak secara gotong-royong sebelum makan tengahari.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain