Program anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu 13, Kampung Sungai Jernih dan Persatuan Pelajar Farmasi Malaysia merupakan platform pelajar terbabit berkongsi ilmu dengan masyarakat setempat berhubung aspek kesihatan.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Farmasi CUCMS, Shairyzah Ahmad Hisham berkata, pihaknya berkeyakinan penglibatan pelajar dalam program tersebut penting bagi memupuk keinginan modal insan seperti kerjasama, komunikasi dan penyelesaian masalah.

“Dengan adanya program ini, kami dapat menghasilkan graduan yang serba boleh dan cekap dalam bidang penjagaan kesihatan dan mereka akan berkhidmat membantu komuniti dengan kesungguhan dan teliti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, program terbabit turut dianjurkan di beberapa buah negeri seperti Sabah, Kedah, Melaka, Perak dan Pahang. - UTUSAN ONLINE