AMIN LIN ABDULLAH
AMIN LIN ABDULLAH

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, Jabatan Meteorologi memaklumkan bahawa monsun barat daya yang melanda Semenanjung Malaysia akan berterusan sehingga September ini.

“Taburan hujan dijangka berkurangan dan cuaca panas berpanjangan bakal dirasai di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Sehubungan itu pengguna diminta bersedia menghadapi situasi cuaca panas dengan menggunakan air secara berhemat. Penggunaan air untuk mencuci kenderaan, mencuci longkang dan menyiram pokok hiasan perlu dihentikan sepanjang tempoh ini untuk menjimatkan air,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE