Tinjauan Utusan Malaysia berhampiran laluan perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Pantai Dalam di sini menemui beberapa lokasi kebakaran melibatkan kawasan semak dan berlalang.

Sementara itu, kekebakaran berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai yang berlaku sejak beberapa hari lalu berjaya dikawal oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat daripada merebak.

Peningkatan suhu di sekitar ibu kota sejak beberapa hari lalu dikatakan sudah mencecah suhu 34 darjah Selsius.- UTUSAN ONLINE