Namun, tidak semua mampu menikmati keenakan dan dan kemanisan udang kara disebabkan harganya yang agak tinggi dan tidak banyak restoran atau kedai makanan yang menjualnya.

Justeru itu, Crayfish de Garden yang terletak di Batu 17 Hulu Langat Selangor dekat sini memberi peluang kepada orang ramai yang ingin mencuba keenakan udang kara pada harga yang berpatutan.

Pemilik Crayfish de Garden, Siti Nurul Aishah berkata, kedai tersebut merupakan projek baharu syarikat SMaju Agro Venture yang diilhamkan apabila rakannya yang tidak mahir memasak udang kara meminta pertolongan beliau untuk menyediakan hidangan tersebut.

“Seorang rakan memberitahu dia teringin sangat merasai udang kara pada majlis ulang tahun perkahwinan tetapi takut untuk memasak hidangan tersebut. Ini kerana dia khuatir hidangan tersebut kurang enak kerana beliau tidak pandai masak udang kara.

Siti Nurul Aisyah tunjuk udang kara
SITI Nurul Aisyah menunjukkan udang kara yang diternak yang boleh dipilih pelanggan untuk dijadikan hidangan mereka di Crayfish de Garden. - UTUSAN ONLINE

“Jadi saya kemudiannya mencadangkan kepada beliau supaya meraikan majlis tersebut di tempat kami,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Crayfish de Garden mengetengahkan konsep makan dalam taman telah mula beroperasi semenjak April 2018 dan kini telah mempunyai pelanggan tetap di sekitar Lembah Klang.

Mengulas lanjut beliau berkata, semenjak peristiwa tersebut, ramai rakan menghubunginya untuk mendapatkan hidangan tersebut termasuk dari Brunei, Indonesia dan Singapura yang sanggup datang ke Crayfish de Garden.

Katanya, teknik masakan udang kara itu sangat penting kerana jika teknik masakan tidak sesuai, itu akan menghilangkan rasa manis udang tersebut.

PELANGGAN diberi peluang memilih undang kara yang dimahukan sebelum dimasak. - UTUSAN ONLINE
PELANGGAN diberi peluang memilih undang kara yang dimahukan sebelum dimasak. - UTUSAN ONLINE

Seorang pelanggan, Amri Tuah berkata, beliau mula ‘jatuh cinta’ terhadap hidangan yang disediakan Crayfish de Garden selepas kali pertama mencubanya.

“Pertama kali saya menikmati hidangan ini pada April lalu dan sehingga kini setiap bulan saya akan singgah ke sini untuk menikmati udang kara. Selain hidangan yang memenuhi citarasa, suasana kampung dan konsep makan ala taman memang menenangkan dan selesa.

“Lebih menarik lagi, saya boleh pilih sendiri udang yang diinginkan dari ladang yang dimiliki Crayfish de Garden ini,” ujarnya.

Sebarang tempahan boleh menghubungi Siti Nurul Aishah di talian 016-206 4313. - UTUSAN ONLINE