Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, SOP ini bertujuan membantu pemilik merujuk kepada pihak yang tepat seperti Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) bagi menyelesaikan masalah pemilikan strata mereka.

“Dua daripada SOP itu adalah SOP Aktiviti Penginapan Jangka masa Pendek kepada pemaju, JMB dan MC yang akan mengawal keselamatan pemilik dan pengunjung yang berada dalam bangunan daripada sebarang insiden.

“Selain itu SOP Penahanan Harta Alih oleh JMB dan MC dan Perbadanan Pengurusan Subsidiari (Sub-MC) yang membenarkan pihak pengurusan mengutip tunggakan terhadap pemilik selain tindakan ke Mahkamah Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) di bawah Akta 757,” katanya berucap merasmikan Konvensyen Komuniti Strata Wilayah Kuala Lumpur 2018 di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE