CIMB dipilih sebagai pemenang bagi Skor Promoter Bersih Cemerlang dan Pengalaman Pelanggan Terbaik - Cawangan dan menerima penganugerahan tertinggi bagi Pengalaman Pelanggan Terbaik - Pusat Hubungan; Model Perniagaan Pengalaman Pelanggan Terbaik; Penggunaan Terbaik Maklum Balas Pelanggan; Inisiatif Mendidik Pelanggan Terbaik dan Penggunaan Terbaik Analisis Data.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, CX adalah kunci untuk membezakan bank itu daripada persaingan serantau.

“Fokus kami adalah untuk mengukuhkan CX yang bukan hanya menambah baik perkhidmatan kakitangan di kaunter, tetapi juga mengguna pakai teknologi berpandukan data yang betul untuk mengubah bagaimana pelanggan berhubung, berinteraksi dan berurus niaga dengan kami di seluruh rangkaian CIMB di ASEAN.

“Anugerah ini memberi inspirasi kepada kami untuk terus memberi keutamaan kepada pelanggan yang merupakan satu daripada teras utama dalam pelan pertumbuhan jangka sederhana kami yang seterusnya, Forward23,” katanya.

CIMB menubuhkan unit CX pada Ogos 2016 dan sejak itu pasukan CX telah berjaya mengubah 35 usaha pengalaman pelanggan yang membawa kepada 42 projek fungsian silang yang menyediakan manfaat kewangan bernilai RM68.4 juta. - BERNAMA