Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cendana ditubuhkan

PUTRAJAYA 6 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (Cendana).

NAJIB TUN RAZAK
NAJIB TUN RAZAK

Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan awalan sebanyak RM20 juta kepada agensi tersebut bagi menggerakkan pembangunan sektor seni budaya di negara ini.

“Pada saya, sektor seni budaya adalah satu komponen yang berpotensi yang belum kita bangunkan secara optimum.

“Oleh itu, saya ingin mengisytiharkan industri seni budaya sebagai aset baharu negara,” katanya berucap pada majlis pelancaran Cendana di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Cendana, yang ditubuhkan kerajaan menerusi MyCreative Ventures adalah berpandukan wawasan untuk membina ekonomi kebudayaan yang pesat berkembang dan penuh inspirasi bagi Malaysia serta boleh dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.

Cendana akan menumpukan usaha untuk menyokong pembangunan sektor seni dan budaya dalam industri kreatif serta mempromosikannya kepada khalayak yang lebih luas. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain