Sempena pelancaran itu, satu taman tema didirikan selama tiga hari yang dipenuhi pelbagai aktiviti menarik kepada orang ramai bersama keluarga masing-masing.

Berucap dalam majlis pelancaran itu, Pengarah Bersekutu Mondelēz International Asia Tenggara, Vikram Karwal berkata, pihaknya sentiasa mencabar keupayaan diri sendiri untuk menghasilkan produk menarik untuk para pelanggannya.

“Kami mahukan produk yang mampu membawa semangat Cadbury Dairy Milk kepada setiap pelanggan. Itulah sebabnya kami memperkenalkan Bubbly.

“Kami mahu mereka melupakan seketika kesibukan seharian dengan menikmati kehidupan yang bebas dan ceria bersama Bubbly,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengurus Jenama Coklat Mondelēz International, Nisha Nair. - UTUSAN ONLINE