Ketua Pegawai Eksekutifnya, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan berkata, tujuan penganjurannya adalah untuk memberi peluang kepada peserta yang ingin menguji kekuatan fizikal dan mental dalam menawan puncak Menara KL.

“Pada tahun ini merupakan anjuran kali ke 17 selepas diadakan sejak tahun 1998 dengan membawa tema ‘Lets Be Victorius’.

“Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan termasuk kategori selebriti yang diwujudkan kembali selepas beberapa tahun tidak diadakan,” katanya ketika berucap dalam majlis sidang akhbar KLTowerthon2017 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE