Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.70 mata kepada 1,643.04 daripada 1,650.74 pada 5 petang Rabu.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 6.66 mata kepada 1,644.08.

Suasana pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 111 berbanding 80, dengan 142 kaunter tidak berubah, 1,555 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 79.91 juta bernilai RM48.29 juta.

Malacca Securities Sdn. Bhd. berkata, ketidakpastian yang berlanjutan berhubung ketegangan perdagangan AS-China telah menyebabkan sentimen berhati-hati dalam saham Malaysia yang mungkin berterusan sehingga sidang kemuncak G20 akan datang di Tokyo pada bulan ini dengan Presiden AS Donald Trump dijangka meningkatkan lagi retorik tarifnya.

Di dalam negara, terdapat beberapa petunjuk baharu susulan selesainya musim pelaporan pendapatan korporat baru-baru ini yang menyaksikan prestasi bercampur-campur yang berterusan.

“Kami berpendapat, kenaikan pasaran pada bulan lepas disebabkan diterutamanya prospek pendapatan korporat yang bertambah baik dan ini tidak memberi ruang yang besar bagi peningkatan dalam tempoh terdekat ini.

“Sehubungan itu, kami merasakan trend sederhana mungkin berterusan berikutan kekurangan petunjuk baharu dan ini dijangka menyebabkan FBM KLCI berlegar dalam jajaran kecil antara paras 1,645 dan1,660 buat masa ini,” kata firma penyelidikan itu.

Memandangkan saham berharga rendah juga mencatatkan prestasi bercampur-campur selepas pemulihan dalam beberapa sesi dagangan lepas, trend bercampur-campur ini dijangka terus kekal buat masa ini, kata firma itu. - BERNAMA