Taman tersebut kini seolah-olah terpinggir selepas tiada usaha untuk memulihara dan mem­bersihkannya dilakukan oleh pi­­hak berkaitan.

Senario itu dikongsi beberapa pengunjung taman rekreasi itu yang meluahkan kekecewaan terhadap kedaifan kemudahan dan kebersihan kawasan tersebut yang tidak dijaga dan menyakitkan mata memandang.

Difahamkan, sudah tidak ramai pengunjung datang ke taman itu sejak setahun lalu, kecuali penduduk kampung berhampiran.

Taman rimba itu turut dijadikan sarang `kaki botol apabila beberapa
Taman rimba itu turut dijadikan sarang `kaki botol apabila beberapa botol minuman keras ditemui di kawasan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi tersebut baru-baru ini mendapati dakwaan tersebut berasas.

Sebaik sahaja tiba ke taman rekreasi yang terletak beberapa kilometer dari pusat bandar raya itu hanya suara kicauan unggas rimba menyambut kehadiran.

Berdasarkan pemerhatian, ke­adaan kawasan itu suram dan tidak ramai pengunjung walaupun pada hujung minggu.

TONG sampah dan papan tanda dipenuhi lumut selepas tiada usaha
TONG sampah dan papan tanda dipenuhi lumut selepas tiada usaha untuk memulihara dan membersihkannya dilakukan pihak bertanggungjawab

Antara kemudahan terbiar termasuklah tandas awam, peralatan di taman permainan kanak-kanak seperti buaian dan papan gelongsor yang rosak.

Sampah sarap turut meme­nuhi kawasan persekitaran. Lebih mengecewakan keadaan jalan masuk ke taman itu juga rosak teruk dan berlubang.

Utusan Malaysia difahamkan sebuah projek lebuh raya yang giat dilaksanakan di kawasan berhampiran menjadi salah satu punca kunjungan orang ramai ke taman itu semakin berkurangan.

Pengunjung mendakwa projek berkenaan boleh sahaja memberi kesan kepada alam sekitar tetapi turut menceroboh ‘privacy’mereka.

Bagaimanapun Utusan Malaysia difahamkan selepas projek tersebut siap, taman berkenaan akan dinaik taraf dan kekal sebagai kawasan rekreasi.