Ketua Wanita UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datin Azizan Shafir berkata, buat masa ini pihaknya akan menumpukan penjenamaan bubur ini kepada tahap tertentu selepas mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Tiba sahaja bulan Ramadan, kita akan meneruskan tradisi sejak 12 tahun lalu ini di mana ia diagihkan kepada penduduk setempat di setiap cawangan Lembah Pantai termasuk agensi-agensi kerajaan.

“Jumlah bungkusan bertambah pada setiap tahun dan tahun ini mencapai 6,000 bungkus,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian program Memasak Bubur Lambuk Lembah Pantai oleh Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Azizan yang juga pengasas bubur itu berkata, untuk tahun ini, pihaknya mendapat beberapa jemputan penyediaan resepi dalam program memasak bubur lambuk dan pihaknya akan merencanakan lebih banyak aktiviti sebagai usaha memperluas jenama Bubur Lambuk Lembah Pantai. - UTUSAN ONLINE