Pengerusinya, Mohd. Roslan Mohd. Rafi berkata, program sempena sambutan Hari Kebangsaan itu bakal berlangsung di Dataran Merdeka, di sini bermula pada pukul 7 hingga 10 pagi.

“Sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu terbuka lelaki dan wanita, terbuka lelaki senior dan wanita senior dengan masing-masing pada jarak 10 kilometer (km).

“Selain itu, kategori individu dan keluarga masing-masing sejauh lima km akan turut dipertandingkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, orang ramai yang berminat menyertai acara itu boleh berbuat demikian dengan mendaftar di laman sesawang http://www.racexasia.com/evet/brooks-kl-city-run-2018/.

Program itu dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). - UTUSAN ONLINE