SEORANG mangsa terlibat dalam kemalangan ekoran bonggol jalan yang dibina terlampau tinggi di hadapan SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

BOBBY

Kuala Lumpur

Jawapan: Bonggol jalan yang dibina tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang, sebaliknya perlu mendapat kelulusan pihak berwajib, khususnya jika jalan itu di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Berhubung aduan ini, DBKL akan melaksanakan tindakan membuang bonggol itu ekoran tidak mengikut spesifikasi. Jika pihak sekolah terbabit memohon DBKL membina bonggol di situ amat dialu-alukan.

HASSAN AZHARI ABU BAKAR

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL