Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Hisham Ahmad Dahlan berkata, pihaknya akan membuka sebanyak 323 permohonan yang mana akan dibahagikan kepada dua fasa iaitu sebanyak 188 pada fasa pertama manakala 135 bagi fasa kedua.

"Konsep yang dilaksanakan adalah sewa bilik secara berkongsi. Sebanyak empat atau enam katil akan disediakan di setiap bilik mengikut keluasan.

"Kami akan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk katil dan almari dengan harga sewa RM100 sebulan termasuk penggunaan elektrik dan air," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Orang ramai yang berusia 18 hingga 35 tahun boleh membuat permohonan secara dalam talian di http://eperumahan.dbkl.gov.my/erumah . - UTUSAN ONLINE