Biarpun insiden yang meragut 23 nyawa itu berlaku hampir dua minggu lalu, orang ramai terus menunjukkan keprihatinan dengan melawat lokasi kejadian termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta menghulurkan sumbangan kepada pusat tahfiz itu.

Peniaga-peniaga berhampiran juga tidak ketinggalan menjalankan jualan amal makanan dan minuman dengan sebahagian daripada jualan didermakan kepada pusat tahfiz tersebut.

Kebanyakan daripada mereka yang enggan dikenali menyatakan kesediaan menyumbang sebanyak 30 peratus hasil jualan yang diperoleh kerana keuntungan tidak menjadi keutamaan buat masa ini, tetapi lebih kepada penyediaan makanan dan minuman buat orang ramai yang berkunjung ke kawasan berkenaan. - UTUSAN ONLINE