Menurut kenyataan yang dikeluaran Berjaya, program realiti pertandingan nyanyian dan tarian itu terbuka untuk pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6.

“Remaja yang berminat boleh memuat turun borang uji bakat di laman sesawang www.berjayayouth.com dan membawa sekali muzik untuk uji bakat menari atau minus one untuk uji bakat nyanyian.” menurut kenyataan itu.

Selain bertujuan mengetengahkan bakat seni nyanyian dan tari, program tersebut diharap dapat memupuk daya saing secara sihat dalam kalangan remaja di negara ini.

Antara lokasi uji bakat Berjaya Teenstar Challenge 2018 adalah di Dewan Bestari, Jabatan Pendidikan Melaka, Bukit Baru, Melaka (17 Mac 2018); Seremban Prima Mall, Negeri Sembilan (31 Mac 2018); Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1), Putrajaya (19 April 2018); Borders di The Curve, Selangor (21 dan 22 April 2018) dan Kolej Universiti Berjaya, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur (28 dan 29 April 2018).

Sesi Ujibakat akan bermula daripada pukul 9 pagi sehingga 5 petang dan pendaftaran boleh dibuat pada sesi ujibakat.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai program tersebut, boleh melayari laman sesawang www.berjayayouth.com atau www.facebook.com/berjayayouth. - UTUSAN ONLINE