Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pertemuan itu diadakan sebagai salah satu langkah untuk mendapat lebih banyak pandangan daripada pemain-pemain utama bidang media baharu dalam usaha kerajaan untuk memperkenalkan rang undang-undang mengenai berita palsu.

“Sesi perbincangan tersebut mendapat reaksi positif daripada para penyedia platform media sosial.

“Pertemuan ini penting bagi memastikan rang undang-undang yang sedang digubal ini komprehensif merangkumi setiap aspek serta menjadi bukti yang kerajaan bersikap inklusif dalam membuat sesuatu dasar atau undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE