Bahang kemeriahan persiapan umat Islami di sekitar ibu negara Kuala Lumpur, tidak terkecuali di Seremban, Negeri Sembilan dan Bandaraya Melaka semakin dirasai.

Tinjauan Utusan Malaysia di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pusat beli-belah Sogo dan Jakel Mall, di sini mendapati orang ramai mula mengunjungi lokasi tersebut seawal pukul 10 pagi.

Berdasarkan pemerhatian, ke­meriahan suasana membeli-belah pada saat-saat akhir ini dapat dirasai apabila penjual mula menurunkan harga berbanding ketika di awal Ramadan lalu de­ngan potongan antara 20 hingga 70 peratus.

Sementara itu di Bazar Ramadan Mega Melaka yang beroperasi di sepanjang Jalan Hang Tuah, Melaka walaupun terpaksa ber­sesak, saat itulah yang paling manis untuk dikenang.

Ribuan penduduk termasuk pengunjung menggunakan ke-sempatan membeli-belah pada saat-saat akhir sebagai satu ke-seronokan.

Bazar utama di negeri itu yang menempatkan 135 unit tapak perniagaan itu bukan sahaja menarik pengunjung tempatan tetapi juga pelancong asing bagi melihat sendiri kemeriahan menyambut Syawal.

Selain Bazar Ra­madan Mega Melaka di Jalan Hang Tuah, satu lagi lokasi tumpuan pengunjung ke ne­geri ini untuk membeli persiapan hari raya adalah di Bazar Ramadan Klebang berhampiran Dataran 1Malaysia Pantai Klebang.

Di Negeri Sembilan pula, kemeriahan membeli -belah di saat akhir juga turut dirasai.

Tinjauan di pusat beli-belah Mydin Seremban 2 dan Bazar Senawang mendapati ia sesak dengan pengunjung yang ingin membeli kelengkapan hari raya sebelum pulang ke kampung.

Kedua-dua lokasi itu menjadi pilihan kerana pilihannya yang pelbagai dan harga ditawarkan berpatutan.