Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, acara kayuhan santai itu bertujuan mendekati warga bandar di sekitar Setapak, Air Panas, Kampung Baru dan sekitar Jalan Semarak selain beri pendedahan peserta menyusuri laluan bukan jalan utama.

Katanya, kayuhan komuniti lebih kepada membawa peserta kayuhan berkenalan dengan kawasan sekitar dalam Setiawangsa melalui Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak), Jalan Air Panas, Jalan Air Jenih, Jalan Usahawan, Jalan Tiara Titiwangsa dan Jalan Tun Razak.

“Program kayuhan masuk tahun kedua pada kali ini lebih panjang laluannya berbanding tahun lalu yang hanya berkisar pada satu tempat iaitu Taman Setiawangsa dan kali lebih menyeluruh bagi mencerminkan ‘the real’ parlimen Setiawangsa itu sendiri,” katanya di sini hari ini.

Acara santai hujung minggu itu turut disertai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad yang hadir merasmikan sekaligus menyertai peserta kayuhan. - UTUSAN ONLINE