Menara KL dalam satu kenyataan berkata, promosi bersempena

acara tahunan KL Tower International Towerthon Challenge 2019 itu merupakan cabaran terbaharu yang disediakan kepada pengunjung.

“Bagi mereka yang mahu menguji tahap keberanian atau mengatasi rasa gayat berada di tempat tinggi, kami ‘cabar’ kehadiran anda semua di Menara KL,’’ katanya.

Orang ramai yang berminat, boleh dapatkan tiket dengan harga RM50 bagi warganegara manakala RM70 untuk yang memiliki pasport antarabangsa.

Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi talian 03-2020 5444 untuk maklumat lanjut. - UTUSAN ONLINE