Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui kelab dan persatuan yang digerakkan belia telah terbukti mampu memberi impak.

Katanya, suara golongan anak muda terutamanya yang bekerja dan tinggal di ibu kota merupakan kumpulan yang berani bersuara dan energetik dalam melakukan satu-satu bidang.

“Semangat dan tenaga muda mereka perlu dihargai lebih-lebih lagi usaha mereka menganjurkan pelbagai program kebajikan yang bermanfaat kepada masyarakat pelbagai latar belakang.

“Sikap sukarelawan dan kreativiti minda muda mereka jadi tarikan dan ‘trend’ ikutan warga kota yang sering ada keinginan berani mencuba sesuatu yang baharu,” katanya semasa berucap merasmikan majlis itu, di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Persatuan Belia Hindu Cawangan Seputeh dinobatkan sebagai johan bagi kategori Pertubuhan Belia, manakala naib juara disandang Persatuan Belia Inspirasi yang pulang bersama hadiah berupa wang tunai dan trofi. - UTUSAN ONLINE