Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Zaharah Ibrahim, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.

Kuorum berkenaan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Syahmie Hassan, 27, dan Mahkamah Rayuan yang mengekalkannya pada 18 Mei 2016.

Perayu disabitkan membunuh Rohani, 38, di Blok F, Tingkat 1, Unit 9, Persiaran Lembah Perpaduan, Permai Lake View, Ulu Kinta di antara pukul 6 petang dan 7.30 malam, 3 Ogos 2011.

Keterangan kes menyatakan, perayu pada awalnya menceroboh rumah Allahyarham Rohani untuk mencuri dan selanjutnya menunggu mangsa pulang bekerja dengan menyorok dalam biliknya sebelum menyerang wanita itu apabila mangsa menyedari kehadirannya di situ.

Syahmie diwakili oleh peguam Hisyam Teh Poh Teik manakala pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd. Salleh. - UTUSAN ONLINE