Pengurus Besar Kanan Distribution Network, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, sebanyak 131 set janakuasa bergerak digunakan bagi mengembalikan bekalan terjejas bermula pukul 6 petang semalam dan 39 lagi dijangka tiba untuk pulih sepenuhnya.

“Gangguan bekalan elektrik itu disebabkan berlakunya kerosakan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Serdang Raya pada pukul 3.56 petang semalam. Oleh itu, pihak kami memohon maaf kepada semua pengguna yang terkesan ekoran masalah itu.

“Bagi pengguna yang terlibat, kami menasihatkan mereka mendapatkan maklumat terkini di Facebook TNB Careline atau menghubungi talian TNB CareLine 15454,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE