Kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air, termasuk Ukay Perdana UP1- UP5, Villa Somerset UP 3/7B, Kampung Sungai Sering, Sierra Ukay, Taman Ukay Bistari, Taman Nusa Tropika, Riana Ukay, Projek Perumahan Rakyat Termiskin Taman Ukay Indah, Jalan 1/56 dan Jalan 13/59 AU3 Keramat.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, bekalan air pulih selepas kerja-kerja menaik taraf Rumah Pam AU3 di Ampang, Ulu Kelang siap dilaksanakan pada pukul 2.30 petang tadi.

“Pemulihan bekalan air ke premis yang terletak di kawasan tinggi dan hujung sistem agihan air mungkin akan mengambil sedikit masa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE