Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Raof Ahmad berkata, usaha sedang digiatkan untuk memastikan kawasan di penghujung sistem agihan mendapat bekalan.

Menurutnya, bekalan di wilayah-wilayah Hulu Selangor dan Kuala Langat telah pulih sepenuhnya manakala Klang (98.6 peratus), Kuala Lumpur (97.3 peratus), Gombak (98.3 peratus) serta Petaling (83.7 peratus).

“Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki akan terus digerakkan secara berterusan ke kawasan terjejas sehingga bekalan air pulih sepenuhnya,” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE