Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Siti Zubaidah Zakaria berkata, pemulihan bekalan air ke premis yang terletak di kawasan tinggi dan hujung sistem agihan air mungkin mengambil sedikit masa.

“Bantuan bekalan air akan dihantar melalui lori tangki kepada pelanggan dengan keperluan kritikal di kawasan-kawasan terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi pengguna yang ingin memohon bantuan bekalan air boleh menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip Tanker Nama Alamat ke 15300 atau rujuk www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar, ‘mySyabas’. -UTUSAN ONLINE