Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Siti Zubaidah Zakaria berkata, Syabas merakamkan penghargaan kepada semua pengguna terlibat atas kerjasama dan kesabaran menghadapi gangguan bekalan air sepanjang insiden di luar jangkaan itu.

“Kami meminta orang ramai untuk terus menggunakan air secara berhemat dan bertanggungjawab supaya tidak membazir air serta menjadikan penjimatan air sebagai satu tabiat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE