Syabas
Syabas

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Siti Zubaidah Zakaria berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada para pelanggan terlibat atas kerjasama dan kesabaran ketika gangguan bekalan air sementara serta kerja-kerja baik pulih itu.

“Syabas menyesali segala kesulitan yang dialami pelanggan akibat gangguan bekalan air ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE