Antara kawasan di Kuala Langat yang pulih sepenuhnya termasuk di Kampung Orang Asli Busut Baru, Jugra dan Sungai Buaya.

Turut menerima bekalan air di daerah sama ialah Bandar Saujana Putra, Taman Banting Baru, pekan Banting, Jenjarom dan Bandar Seri Ehsan.

Sementara itu di Hulu Langat meliputi Bandar Baru Bangi, Kajang, Bandar Teknologi dan Desa Surada, Sungai Ramal manakala di Sepang meliputi sebahagian Putrajaya dan Cyberjaya.

Turut menerima bekalan air di beberapa kawasan di Petaling iaitu di Taman Puchong Intan, Pusat Bandar Puchong, Veterinar Universiti Putra Malaysia, Hospital Serdang dan Taman Wawasan.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, pemulihan secara berperingkat berjalan lancar dan beberapa kawasan mendapat bekalan air seawal pukul 6 pagi.

“Bekalan air dapat disalurkan kepada pengguna berikutan kerja-kerja mengganti peralatan di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih berjaya disiapkan lebih awal daripada yang dijadualkan,” katanya dalam kenyataan di sini. - UTUSAN ONLINE