Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya kini giat meningkatkan tekanan dan penyelarasan di sistem agihan untuk pemulihan bekalan sepenuhnya di semua kawasan terlibat.

Menurutnya, bekalan di wilayah-wilayah Hulu Selangor dan Kuala Langat telah pulih sepenuhnya manakala Klang (97.3 peratus), Kuala Lumpur (96.8 peratus), Gombak (91.9 peratus) serta Petaling (74.5 peratus). - UTUSAN ONLINE