Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam kenyataannya berkata, usaha sedang dipergiatkan untuk memastikan bekalan air berterusan kepada pelanggan di kawasan Sunway Kayangan, Subang Impian, Bukit Bayu, Sunway Suria dan Puncak Perdana.

“Bekalan air bantuan akan dihantar melalui lori tangki air kepada pelanggan dengan keperluan kritikal di kawasan-kawasan terlibat.

“Untuk memohon bekalan air bantuan, sila hantar SMS (Taip: Tanker Nama Alamat) ke 15300,” demikian menurut kenyataan tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE