Beberapa laluan yang terlibat dengan penutupan sepanjang hari, meliputi susur masuk dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Jalan Pandan Utama dan Jalan Pandan Utama.

Jalan Pandan Mewah, Jalan Taman Putra, Jalan Ampang, Jalan Wawasan Ampang dan Jalan Ampang Campuran akan ditutup secara berperingkat sekitar tempoh 10 hingga 15 minit.

Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, para pengguna jalan raya boleh merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif lain bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

“Program tersebut bertujuan meningkatkan semangat patriotik, nasionalisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE