BDB dalam kenyataannya berkata, bilangan peruncit boleh meningkat sehingga 25 peniaga dengan gabungan gaya hidup, makanan dan minuman dan outlet pendidikan ketika dalam tempoh pembangunannya.

Menurut BDB, Hab Komersial Axis akan memulakan pembinaan pada bulan ini dan dijangka siap menjelang akhir 2019.

“Perniagaan di rumah kedai akan dibuka seawal suku pertama 2020. Sementara itu, Pusat Runcit Kejiranan Axis dalam pembangunan ini akan menjadi pusat pembangunan pendidikan pertama di Kedah yang menawarkan lebih 41,000 kaki persegi ruang sewa.

“Pusat yang mempunyai reka bentuk kontemporari itu akan dibina dengan kos hampir RM5 juta dan bermatlamat untuk menjadi destinasi makanan menarik di Kedah selain perkhidmatan yang penting seperti kedai dobi, farmasi dan klinik,” katanya di sini hari ini.

Sejak memasuki pasaran hartanah pada 1983, BDB Land banyak membangunkan projek perumahan di Kedah seperti Pangsapuri Indera, Rumah Bandar Adra, Kondominium Aurora, Panorama Darulaman, Simfoni West dan Simfoni East.

BDB adalah syarikat tersenarai milik Kerajaan Negeri Kedah, ditubuhkan pada 7 Februari 1995 dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah merupakan pe­megang saham terbesar. - BERNAMA

HABIS...